Home    Awam   Pelancongan   Warga 
 Gambar  Audio  Video  web Mobile  Twitter  Forum 
Daftar Akaun
CARIAN
Persekitaran Berkualiti 5S MPKB-BRI


RINGKASAN KANDUNGAN PROGRAM PERSEKITARAN BERKUALITI 5S UNTUK PAPARAN WEBSITE 5S MPKB-BRI

RINGKASAN KANDUNGAN PROGRAM  PERSEKITARAN BERKUALITI 5S UNTUK PAPARAN WEBSITE  5S MPKB-BRI

 

APA ITU 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

MENGAPA PERLU 5S?


Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

OBJEKTIF 5S MPKB-BRI

1.Membina semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan warga kerja MPKB-BRI
2.Membentuk budaya yang produktif dan berkesan secara berterusan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan “Stake Holder”
3.Melahirkan budaya “KAIZEN” (pergerakan kecil tetapi berterusan) di tempat kerja
4.Menghasilkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa
5.Ke arah penjimatan kos dalam sistem pengurusan Majlis.

Halaman: 1  2  3  4  5  

Saluran RSS Saluran RSS