MENU

1) Apakah saluran yang betul bagi membuat aduan?

Telefon (09 745 4000) Datang ke pajabat (Kaunter Khidmat Pelanggan) Surat Faks (09 4786026) E-mail (khairul[at]mpkb.gov.my) Laman Web (http://www.mpkbbri.gov.my)

2) Apakah Cukai Bandar?

Cukai Bandar adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran MPKB- BRI seperti :

A) Rumah Kediaman

B) Bangunan Perniagaan dan Industri.

3) Berapa Lamakah Tempoh Bayaran Bagi Cukai Bandar?

1. Januari hingga 28(29) Februari

2. Bagi 1/2 tahun Kedua pada 1 Julai hingga 31 Ogos;

4) Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

5) Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

6) Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

7) Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.

8) Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

***Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada kbtm@mpkb.gov.my