MENU

Cukai Taksiran

Undang-Undang Yang Membenarkan Pihak Majlis Mengutip Cukai Taksiran

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) , Seksyen 39 ( a ) menjelaskan hasil sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan  adalah terdiri daripada :-

  1. Cukai, kadar sewa, lesen, dan lain-lain  wang atau caj yang dibayar.
  2. Caj / keuntungan dari perdagangan, perkhidmatan atau perusahaan.
  3. Faedah atas wang yang dilaburkan.
  4. Hasil yang terima daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan lain-lain termasuklah pemberian dan sumbangan.

Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171). Cukai ini dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam yang meliputi harta-harta seperti berikut ;

  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong

Kepentingan Cukai Taksiran/ Pintu

Cukai taksiran adalah perlu bagi membiayai:

  1. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
  2. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
  3. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;
  4. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, tempat-tempat rekreasi dan sebagainya.

Masa Perlu Bayar

Cukai taksiran perlu dijelas 2 kali setahun iaitu pada:

  • Setengah tahun pertama di antara 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun.
  • Setengah tahun kedua di antara 1 Julai hingga 30 Ogos setiap tahun.