MENU

Undang-Undang Kecil

 

Apakah Undang-Undang Kecil?
Undang-Undang Kecil atau 'By-Laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya  

Pindaan

Undang-Undang Kecil
Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama  

Kadar Kompaun
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.  

Penalti/Denda

Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.