MENU
Di Zon Warisan terdapat beberapa buah kampung seperti Kampung Kijang, Kampung Banggol, Kampung Mek Mas dan banyak lagi. Antara aktiviti yang dijalankan di kampung ini ialah kerja-kerja kampung seperti menanam jagung, menanam sayur-sayuran, menguruskan dusun, mencanting batik, membuat keropok dan sebagainya bagi menyara kehidupan mereka. Program inap desa dapat menarik pelancong untuk merasai pengalaman menjalankan aktiviti desa.