MENU
Perusahaan menenun kain songket diusahakan sebagai perusahaan "kotej" yang mana ianya dijalankan di rumah pengusaha sendiri dengan menggunakan tangan serta alat-alat tradisional. Penghasilan songket terdapat di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Ia dikenali sebagai "pakaian emas" songket pernah digunakan oleh golongan kerabat D'Raja dan dipakai bersama perhiasan emas dan perak pada majlis keramaian dan perkahwinan.