MENU
Orang Melayu Kelantan amat kaya dengan seni ukir seperti ukiran kayu, emas, perak dan tembaga. Salah satu seni ukir yang termashyur di Kelantan ialah seni ukir perak. Produk perak dan piuter terkenal dengan kehalusan seni dan ketulenan rekabentuk seperti kerongsang, mangkuk dan perhiasan rumah. Setiap ukiran pada keris mempunyai makna-makna tertentu. Perusahaan mengukir ini dijalankan di Kampung Badang.