MENU
Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di Negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik dan terkenal dengan perusahaan mencanting batik. Kain-kain batik umumnya diperbuat di atas kain-kain putih yang dibuat daripada benang-benang biasa seperti kain-kain kambrik, lawn dan voil serta sutera. Batik juga mempunyai corak yang unik dan berlainan serta dihasilkan dengan pelbagai teknik iaitu canting dan pukul bagi menyerlahkan kecantikannya.