MENU

Suatu Pelan Transformasi iaitu sesi ”Town Hall” MPKB-BRI tahun 2016 telah diadakan pada 07 Ogos 2016 (AHAD) bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang yang bertempat di Dewan Jubli Perak.Majlis ini

dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs.Yang Dipertua MPKB-BRI dan dirasmikan oleh YB.Dato ‘ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Objektif bagi program ini adalah :

  • Memberi peluang kepada warga kota untuk melibatkan diri dalampengurusan Bandar.
  • Mendapatkan cadangan dan idea daripada warga kota serta menggalakkan perbincangan secara terbuka bersama masyarakat.

Sesi ini mempunyai 6 fokus utama iaitu :

  • Pelaksanaan Bandar Raya Islam
  • Kebersihan,Pengindahan dan Kehijauan Bandar
  • Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
  • Perancangan Bandar dan Kawalan Bangunan
  • Keselamatan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Lalulintas
  • Penglibatan Masyarakat.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Wakil Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri,Wakil Jawatankuasa Penduduk, Wakil Syarikat,NGO,Rakan Media, Radio JKT serta semua pihak yang terlibat.

Dato SUK
 

Radio JKT