MENU

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menawarkan potongan kompaun sehingga 75 peratus bagi kesalahan membina atau mengubah suai bangunan tanpa kebenaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, tawaran itu dibuka selama dua hari sehingga tamat waktu bekerja hari ini.

Menurutnya, pihaknya mendapati kesalahan itu dilakukan oleh penduduk di sekitar Kota Bharu terutama kawasan luar bandar namun ia tidak terkecuali membabitkan golongan pendidik di bandar.

“Mungkin mereka nak mudah bina bangunan tanpa pelan dan tidak merujuk dengan pihak berkuasa sedangkan ia bercanggah dengan Universal Building Bylaws (UBBL).

“Sempena sambutan Aidilfitri kali ini, MPKB BRI bermurah hati untuk memberi potongan antara 50 hingga 75 peratus, maka saya harap warga kota mengambil peluang ini kerana tawaran berkenaan mungkin tidak akan diberi untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 tetamu itu diadakan setiap tahun sejak 2014 bagi meraikan penduduk dan peniaga di sini.

 

Sambutan Aidilfitri Warga Kota Bharu 2019

Izani berkata, tanpa kadar potongan itu, penduduk berdepan denda atau kompaun sehingga 11 kali ganda harga plan rumah bagi bangunan kayu manakala 20 kali harga plan bagi bangunan konkrit.

Dalam pada itu, beliau berkata, MPKB-BRI juga menawarkan kadar pembayaran parkir kereta sebanyak RM5 bagi setiap kompaun.

Bagaimanapun beliau berkata, ia hanya melibatkan saman daripada MPKB-BRI sebelum ia diserahkan kepada syarikat swasta bermula tahun ini.

Sambutan Aidilfitri Warga Kota Bharu 2019

Petikan artikal  : https://www.sinarharian.com.my/article/33376/EDISI/Kelantan/MPKB-BRI-beri-diskaun-kompaun-sehingga-75-peratus