MENU

3 Okt 2016 (Isnin)
Di Dewan Duyong, Perdana Resolt, Pantai Cahaya Bulan

Program Seminar pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam Negeri Kelantan 
YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan telah merasmikan Seminar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Kelantan. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Abdul Fatah Bin Mahmood selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan, YB Dr. Ramli Mamat( Exco Pembangunan Belia,Sukan Dan NGO), YB Ustaz Abdul Rahman Yunus Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Haji Mohd Faudzi Haji Che Mamat dan Ketua Penolong Setiausaha (Kerajaan Tempatan) Ybrs En Hazmi Bin Abdul Hamid. Majlis telah di adakan Sesi Perbentangan kertas 1 : "Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam MPKB-BRI" oleh YABrs. Yang Dipertua MPKBBRI dan Sesi Perbentangan kertas 2 : "Pengurusan Kebersihan : Peranan Institusi Masyarakat" Oleh Ybrs Dr. Afrizal Anwar@Teuku Afrizal Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah. Majlis ini disertai oleh peserta adalah terdiri daripada YDP Majlis-majlis Daerah, Setiausaha Majlis-majlis Daerah, Ahli-ahli Majlis, Jawatkan kuasa kebersihan di Majlis-majlis daerah, NGO-NGO, Jawatankuasa Penduduk dan wakil peniaga.

Program Seminar pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam Negeri Kelantan

Program Seminar pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam Negeri Kelantan

Program Seminar pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam Negeri Kelantan