MENU

SABTU (17/11/18) : DEWAN JUBLI PERAK ,Pesta Budaya Kelate - Jepon yang julung kalinya diadakan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung. Pesta ini dilangsungkan bermula 2.00 petang hingga 10.00 malam bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu ini menyediakan pelbagai pameran , jualan dan persembahan kebudayaan dan kesenian Kelantan - Jepun. 
Majlis perasmian telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB. Timbalan Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Dato' Haji Hassan bin Mahmood. Turut hadir sama YBhg. General Konsul Jepun Penang Shinichiro Kanoya, YABrs. Presiden Rohm- Wako Electronics Malaysia Sdn. Bhd., Hideki Hashimoto , YBrs. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Perpaduan Kaum dan Pelancongan MPKB- BRI, Ruzely bin Abdullah, dan beberapa jemputan lain.
Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan Seni Silat Tari Kumpulan Seri Kelantan dan seterusnya dengan nyanyian Lagu Negaraku. Pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian Kelantan dipersembahkan kepada penonton yang hadir antaranya persembahan Seni Silat Tari,Persembahan Rebana Ubi, Persembahan Gasing Terbang, Persembahan Dikir Barat, dan Demonstrasi Pembuatan Wau. Selain itu, Persembahan Tarian Bon-Odori, Persembahan Gendang Jepun,
Permainan Yo-Yo Ballon Fishing, Origami/Kirigami (Seni Lipatan Kertas), Shateki (Permainan Tembak-Menembak), Wanage (Permainan Traditional), Pemakaian Yukata (Baju Traditional Jepun), Furoshiki (Seni Ikatan Kain), Calligraphy (Seni Tulisan Huruf Jepun), dan Pertandingan Kendama.

Pesta Budaya Kelate - Jepon

Pesta Budaya Kelate - Jepon

Pesta Budaya Kelate - Jepon