MENU

Tabong Amal MPKB BRI ditubuhkan pada tahun 1993 iaitu selepas tiga tahun pemerintahan kerajaan Membangun Bersama Islam. Sehingga hari ini tabong ini banyak membantu golongan tak terbela dan dalam kesusahan yang tidak mengira warna kulit agama atau fahaman politik.

Pada 12 April 2016 Pengarah Pembangunan Islam MPKB BRI bersama Penolong Pengarah turut mengagihkan sendiri bantuan makanan serta lampin pakai buang dan susu bermutu tinggi kepada pesakit yang terlantar. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh kakitangan JPI dari rumah ke rumah pada setiap minggu dan setiap penerima akan menerimanya secara bulanan atau dua bulan sekali. Ini bergantung kepada keewangan tabong.

Fungsi tabong amal ini juga ialah membantu ibnu sabil iaitu pelancong yang terputus bekalan keewangan contohnya disamun dsb. Orang ramai bolehlah menyalurkan maklumat ini kepada mereka yang dalam kesusahan sebegini. Untuk makluman orang ramai blehlah menghubungi pejabat JPI pejabat MPKB BRI blok C di tingkat bawah.

Bantuan Makanan kepada Orang Miskin

Bantuan Makanan kepada Orang Miskin

Bantuan Makanan kepada Orang Miskin