MENU

 

 

Anggota JPI MPKB-BRI meneruskan lagi operasi malam minggu dan malam-malam terpilih untuk memastikan bandar Kota Bharu benar-benar bebas dari gejala kelakuan kurang sopan. Operasi ini menjadi rutin mingguan walau telah sekian lama bandar ini dinobatkan sebagai Bandar Raya Islam.Nama yang gah sahaja tidak menjamin kepatuhan tanpa ada penguatkuasaan justeru itu operasi JPI diteruskan sehingga kini.
Pada malam tadi empat pasang dapat ditahan oleh pihak JPI dan mereka yang ditahan akan diberi nasihat agama agar mereka yang ditahan tidak mengulangi kesalahan tersebut.Kes yang berlaku kebiasaannya di taman-taman, bersebelahan pagar Lapangan Terbang, Pantai Cahaya Bulan dan kawasan-kawasan gelap di lorong-lorong dalam kawasan taman dan bandar.Pengarah Pembangunan Islam MPKB-BRI memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan kelakuan yang buruk ini dan suatu denda yang agak berat akan dikenakan

 

                                                            Klik disini untuk paparan selanjutnya: