MENU

MPKB-BRI_Edar_1000_Bungkus_juadah_Buka_Puasa_Sehari

KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan menyediakan 1000 bungkus juadah berbuka puasa pada setiap hari di bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, bungkusan makanan ini akan diedarkan di kawasan tumpuan orang ramai yang tidak berkesempatan pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

"Kawasan yang telah dikenal pasti adalah seperti perhentian bas, pusat membeli belah dan masjid-masjid terpilih.

"Makanan ini akan diedarkan oleh sukarelawan yang akan bergerak di sekitar Kota Bharu ketika hampir waktu berbuka puasa," katanya.

Kos menyediakan juadah berbuka puasa ini, ujar beliau adalah hasil sumbangan orang ramai.