MENU

Kota Bharu Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Kota Bharu Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Kota Bharu dan Taiping masing-masing memperoleh anugerah bagi Kempen Pengurus Destinasi Terbaik 2019 dan Perhubungan Awam Terbaik 2019.

Bandar Taiping di Perak dan Kota Bahru di Kelantan, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa di Perhimpunan Agung Kesembilan Pertubuhan Promosi Pelancongan bagi bandar-bandar di Asia Pasifik (TPO) yang berlangsung di Busan, Korea.

Datuk Bandar Busan, Oh Keo-don menyampaikan anugerah Kempen Perhubungan Awam Terbaik 2019 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Borhan Abdul Halim, manakala Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) Azman Mohd. Daham menerima anugerah Pengurus Destinasi Terbaik 2019 bagi pihak MPKB.

Kenyataan dari Tourism Malaysia seterusnya memberitahu bahawa Borhan dipilih sebagai Presiden Bersama TPO 2020-2021.

Lebih 700 orang, termasuk Datuk Bandar, pegawai-pegawai pelancongan, ahli akademik, dan promoter kebudayaan dan kesenian, dari 85 bandar di 15 negara, menghadiri acara TPO kali ini yang berlangsung dari 25 hingga 28 September dengan tema ‘Common Prosperity in Tourism Through Open Partnership’.

 Kota Bharu Terima Pengiktirafan Antarabangsa
Kota Bharu Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Kota Bharu Terima Pengiktirafan Antarabangsa

TPO ditubuhkan khusus bagi mempromosi pelancongan di bandar-bandar di Asia Pasifik. - Bernama