MENU

Tajuk:Cerita RM3.00 menginap di hotel

       Seorang pakcik bagitau tak bawa duit untuk isi duit tabung apabila Hj Izuddin JPI melancarkan tabung derma kilat kerana bawa satu keluarga tinggal dihotel berbekalkan RM3.00 sahaja. Rupanya wang sedekah peserta lain memang dah dirancang untuk diberi kepada orang sepertinya.
       Siapa sangka hasil idea csr dari pihak hotel GRV Kota Bharu yang dicadangkan kepada Dato' YDP MPKB-BRI seramai 70 orang asnaf dari tujuh Jawatan Kuasa Kecil Penduduk(JKP) diberi peluang menginap selama tiga hari dua malam di hotel yang sudah berusia 20 tahun ini iaitu Hotel Grand River View(GRV)
      Setiap keluarga diberi layanan istimewa dan makanan pelbagai menu dan citarasa. Terharu mendengar cerita Puan Raja Ros orang penting di hotel ini apabila lauk yang banyak dihidangkan tak berapa disentuh. Kata mereka terkejut melihat lauk yang begitu banyak dan pelik-pelik inilah kali pertama mereka jumpa rezeki sebegini.
        Jabatan Pembangunan Islam pula menjadi urusetia sepanjang program ini termasuk menyampaikan siri-siri kuliah dan motivasi.
       Di akhiri majlis dengan majlis perasmian penutupan oleh YBrs. Setiausaha MPKB-BRI menggantikan YABhg. Dato' YDP pada 30 Disember 2016 di Dewan Kuliah hotel GRV jam 9.30 pagi semalam. Mr Vincent Chua Sebagai GM hotel GRV juga telah menyampaikan ucapan aluan dengan menyatakan kesungguhan GRV dalam melaksanakan program csr setiap akhir tahun.
     Suatu motivasi yang amat berharga telah disampaikan oleh Tn. Setiausaha kepada hadirin membuatkan semua menangis apabila kisah kemiskinan silamnya menyentuh hati-hati para hadirin termasuk para vip di saf hadapan.
       Sekali lagi majlis dikejutkan dengan kesudian seorang pelanggan tetap GRV Hotel bergelar Dato' Seri menghulurkan sumbangan keewangan kepada setiap ketua keluarga. Dan yang lebih mengejutkan lagi apabila GM hotel ini Vincent Chua juga amat tersentuh hatinya menyumbang sejumlah wang kepada setiap ketua keluarga.
        Pagi jumaat semalam suatu pagi yang amat menggamit hati semua sehingga tangisan teresak-esak dapat didengari ucapan syukur dan terima kasih saling diucapkan antara peserta dan vip yang hadir. Program ini betul-betul berjaya mejadikan MPKB-BRI sebagai perantara untuk menemukan GRV Hotel, orang berada dan lapisan asnaf.
       Semoga program ini dapat dipanjangkan lagi oleh Dato' YDP MPKB-BRI dengan pihak lain lagi dan kakitangan MPKB-BRI khususnya JPI setia melaksanakannya. Allahuakbar...

                                                Sila klik Disini untuk paparan gambar seterusnya