MENU

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016
Dato Fatah
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (tengahi) melihat sijil anugerah salah seorang penerima daripada 60 orang pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 MPKB-BRI di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI Kota Bahru. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sedia mengatasi masalah sampah berlebihan menjelang Aidiladha, minggu hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata jumlah sisa dijangka meningkat sehingga lima kali ganda atau 1,000 tan ketika musim perayaan berbanding 300 tan pada hari biasa. Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dan akan melaksanakan tiga langkah termasuk memanggil beberapa syarikat pengurusan sisa pepejal untuk melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menguruskan masalah sampah di negeri ini. "Selain itu, kita mengenal pasti serta merancang membina pusat pengumpulan sementara jenis kekal bagi menyelesaikan masalah sampah yang semakin bertambah. "Buat masa ini, kita hanya menggunakan pusat pengumpulan sementara secara berkala di Panji sebelum memindahkan sampah berkenaan ke Beris Lalang. Kita akan mempersiapkan jentera termasuk menyewa beberapa lori serta jentolak bagi menghadapi musim perayaan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam bagi tahun 2015 MPKB-BRI di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini. Pada majlis berkenaan, Ab Fattah bersama Setiausaha MPKB, Nik Mohamed Noor Nik Ishak menyampaikan APC kepada 60 penjawat awam yang cemerlang dalam melaksanakan tugas serta perkhidmatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190940