MENU
8) PERANCANG BANDAR
  • Memastikan permohonan perintah pembangunan dan pecah sempadan bagi projek kecil diluluskan dalam masa 21 hari dari tarikh permohonan didaftarkan
  • Memastikan permohonan perintah pembangunan dan pecah sempadan bagi projek besar diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan didaftarkan.
  • Memastikan ulasan sewa/milik dan ubahsyarat tanah dikemukakan semula ke pejabat tanah dan jajahan dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan edaran fail-fail Jabatan Bangunan dikembalikan dalam masa 2 minggu

 

9) KEJURUTERAAN

  • Memastikan semua permohonan bagi kemudahan infrastruktur seperti mengetar jalan, perlongkangan dan lampu jalan disiasat dan di jawab dalam masa 14 hari dengan syarat ianya lengkap dengan pelan-pelan lokasi
  • Meluluskan permohonan pembinaan infrastruktur persendirian seperti kerja tanah, perparitan, pembetungan dan jalan dalam masa 4 minggu bagi yang kurang daripada 10 unit dan 10 minggu bagi yang melebihi 10 unit dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

 

10) PENTADBIRAN

  • Menyediakan minit mesyuarat dalam masa Tiga (3) hari.
  • Mendapatkan maklum balas mesyuarat dalam masa Tujuh (7) hari selepas minit mesyuarat diadakan.
  • Memastikan urusan tuntutan insuran berkelompok kakitangan diselesaikan dalam masa Lima (5) hari bekerja.
  • Memastikan urusan pinjaman kenderaan dan komputer kakitangan diselesaikan dalam masa Dua (2) minggu.
  • Menguruskan edaran laporan Pasukan Pemantauan kepada jabatan yang berkaitan supaya diambil tindakan susulan dalam masa Tujuh (7) hari daripada tarikh laporan diedarkan.