MENU

”Mewujudkan Bandar Raya Islam yang Berdikari dan sempurna”

Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam  

MOTTO

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
 

1) KAWALAN BANGUNAN

  • Memastikan pelan bangunan jenis skim dan kompleks perniagaan diluluskan dalam tempoh 50 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelan bangunan 3 unit dan kebawah (bukan rumah kediaman) diluluskan dalam tempoh 40 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelan bangunan 3 unit dan kebawah (rumah kediaman) diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan  semua syarat yang telah ditetapkan. 
  • Memastikan pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan diluluskan dalam tempoh 40 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelan permit kecil bangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan6. Memastikan Sijil Kelayakan Menduduki dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan.
  • Memberi ulasan-ulasan teknikal kepada Jabatan Dalaman Majlis dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat yang diterima.

2) JABATAN UNDANG-UNDANG

  • Menyemak dan menyempurnakan perjanjian penyewaan, pajakan, dan sebagainya (tidak termasuk perjanjian usahasama) dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima.
  • Mengurus Notis Tindakan Mahkamah ke atas kompaun-kompaun yang dirujuk dalam tempoh Empat Belas (14) hari.

 

 3) PENGUATKUASAAN

  • Menerima dan memproses tuntutan ke atas barang sita/rampasan 3 hari selepas tindakan sita/rampasan dibuat.
  • Menyemak setiap pertanyaan kompaun dalam masa 15 minit.