MENU

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam melalui Jabatan Pembangunan Islam telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat dalam mempelajari dan mengenal Al Quran. Terkini, Jabtan Pembangunan Islam telah menganjurkan kelas mengaji di Masjia Al Baroah dan Masjid Kota Jembal kepada masyarakat sekitar terutamanya golongan dewasa yg tidak mampu mengenal Al Quran . Program kelas mengaji ini dilaksanakan sebanyak tiga kali setiap minggu pada waktu malam dan telahmndapat sambutan yang baik daripada masyarakat sekitar. Selain daripada itu juga Jabatan Pembangunan Islam juga telah mnganjurkan kelas tarannum kepada pelajar-pelajar tahfiz yang berminat dengan Pengajian Tarannum. Pengajian kelas tarannum telah diadakan setiap hari rabu di Masjid Al Mukhlisin, Padang Perdana Kota Bharu. lni merupakan satu usaha daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam rangka membentuk Bandar Kota Bharu sebuah bndar yang hidup dengan Al Quran dan membantu kerajaan negeri utk menjadikan kelantan sebuah Negeri Membangun Bersama Islam.

 

JPI Membantu Masyarakat Dalam Mempelajari dan Mengenali Al-QuranJPI Membantu Masyarakat Dalam Mempelajari dan Mengenali Al-QuranJPI Membantu Masyarakat Dalam Mempelajari dan Mengenali Al-QuranJPI Membantu Masyarakat Dalam Mempelajari dan Mengenali Al-Quran