MENU

ydp

Assalamualaikum,

Selamat Sejahtera dan ucapan terima kasih saya kepada semua yang telah sudi untuk melayari Laman Rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Saya bersyukur kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah izinNya majlis ini dapat menyediakan laman rasminya sendiri.

Bersama-sama ini, sukalah saya dengan adanya laman rasmi ini dapat membantu dan memberi pelbagai maklumat yang diperlukan samada untuk keperluan wargakota Kota Bharu khasnya dan kepada semua pengguna internet amnya.

Bandar Kota Bharu merupakan imej kepada Negeri Kelantan kerana selain menjadi ibu negeri ianya juga merupakan tempat berpusatnya pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan, perniagaan, pelaburan, pendidikan dan sebagainya.

Majlis ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan wargakota dan pelancong dengan adanya tempat beriadah, kompleks membeli belah, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, agenda utama yang dititik- beratkan adalah kebersihan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan untuk memelihara kesejahteraan dan keharmonian manusia sejagat.

Dengan kesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wargakota Kota Bharu yang telah memberi kerjasama dalam mewujudkan sebuah bandar yang bersih dan indah serta selari dengan slogan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Sekian, terima kasih.

DATO' HJ. ZAMRI BIN HAJI ISMAIL
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam